Bukan Neymar tentukan nasib Brazil !!!
SOCHI (Russia): Neymar mungkin sekali lagi menjadi tumpuan ketika Brazil memburu rekod kejayaan keenam Piala Dunia di Russia.
Tetapi jika skuad Amerika Selatan itu berjaya mengulangi kejayaan 1958 dengan kemenangan Piala Dunia di tanah Eropah, terdapat kemungkinan yang kuat ia berkait mengenai benteng pertahanan yang kuat.
Dalam mana-mana Piala Dunia, penjaring terbanyak akan menjadi tumpuan yang paling diingati.
Namun, hakikatnya pemenang trofi dimenangi oleh pasukan yang mempunyai pertahanan yang terbaik.
Ketika muncul juara Piala Dunia, Jerman cuma bolos hanya empat gol daripada tujuh perlawanan pada 2014, dan Sepanyol bolos hanya dua gol pada 2010, sama seperti skuad Itali yang menjulang kejayaan pada 2006.
Jadi persoalan sama ada Neymar akan terus mencuri tumpuan, bagi jurulatih Tite, ada banyak lagi kelebihan pasukan itu berbanding mengenai penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu sahaja apabila pasukan itu dalam persediaan bertemu Mexico, esok.
"Dalam bola sepak selalunya ada seorang pemain yang mendapat tumpuan lebih. Tetapi anda perlu mempunyai sebuah pasukan yang sangat bagus," kata pertahanan, Casemiro.
"Memang tidak dapat dielakkan apabila orang ramai bercakap mengenai pemain yang agak bagus adalah Neymar, tetapi kami tidak boleh lupakan yang kami ada pemain hebat lain."
Brazil yang memenangi Piala Dunia 1994 dan juga 2002 mempunyai ramai pemain berbakat dalam jentera serangan, tetapi kejayaan mereka ditentukan berdasarkan pertahanan kebal pasukan itu.
"Kami mempunyai skuad yang sangat seimbang, bijak dan tenang apabila kami perlukan," kata pertahanan, Thiago Silva yang membantu Brazil mencatat gol kedua ketika kemenangan menewaskan Servbia 2-0, pada Rabu lalu. - AFP
sumber : b.harian.com