Russia intai kejutkan Sepanyol
MOSCOW: Sebulan lalu, aksi pusingan 16 terakhir Piala Dunia antara Sepanyol dan Russia dilihat sebagai sesuatu yang mustahil namun perlawanan Ahad ini di Moscow kini lebih sukar kerana kempen hambar juara 2010 dan permulaan mengagumkan tuan rumah.
Persiapan Sepanyol menjelang Piala Dunia terjejas selepas jurulatih Julen Lopetegui dipecat dan digantikan oleh Fernando Hierro hanya beberapa hari sebelum kejohanan bermula. Pasukan Hierro muncul juara Kumpulan B dengan hanya mengumpul lima mata.
Russia, pasukan dengan ranking paling rendah pada kejohanan kali ini, mengatasi semua rintangan dengan membelasah Arab Saudi 5-0 dan menewaskan Mesir 3-1 untuk layak ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak kejatuhan Soviet Union.
Ketika anak buah Stanislav Cherchesov kembali berpijak di bumi nyata dengan kekalahan 0-3 kepada Uruguay, mereka boleh mencetus masalah buat Sepanyol di Stadium Luzhniki jika mereka boleh mengembalikan tenaga yang melonjakkan mereka bagi dua kemenangan pertama dalam kumpulan.
Pertahanan Sepanyol, Dani Carvajal menyatakan pasukannya, yang seri 3-3 dengan Portugal dan 2-2 dengan Maghribi, perlu mengukuhkan benteng pertahanan menentang Russia.
"Ahad ini kami berdepan satu perlawanan amat sukar menentang tuan rumah, yang menjaringkan lapan gol dalam dua aksi pertama dan menerima sokongan padu seluruh negara," kata Carvajal.
"Russia pasukan yang kuat dan pantas jadi kami perlu berwaspada jika kehilangan bola. Kami perlu fokus dan mengeksploitasi kelemahan serta menghukum kesilapan mereka."
Bagaimanapun, Carvajal berkata, setiap pasukan terpaksa lebih banyak menyerang pada peringkat kalah mati, yang mana dia menjangkakan Sepanyol keluar daripada bayang-bayang dan meningkatkan permainan mereka.
"Dari sini perlawanan umpama hidup atau mati, anda tidak boleh bermain untuk seri, sama ada anda menang atau pulang ke negara anda," katanya.
Sepanyol dan Russia seri 3-3 dalam perlawanan persahabatan menarik November lalu, manakala pertembungan kompetitif terakhir mereka hadir pada separuh akhir Euro 2008, yang dimenangi Sepanyol 3-0.
Pertahanan veteran Russia, Sergei Ignashevich seorang daripada tiga pemain yang masih beraksi dalam skuad semasa dan berkata, pasukannya sudah mengkaji bagaimana Iran dan Maghribi berjaya menyukarkan Sepanyol.
"Pemain pertahanan mereka cuba untuk naik ke atas dan ia menjurus kepada banyak ruang kosong dan membenarkan anda mencipta bahaya menerusi serangan balas pantas," katanya.
"Ia satu daripada kelemahan terbesar Sepanyol pada peringkat kumpulan, Maghribi dan Iran menggunakan strategi itu dan kami juga akan cuba melakukannya." - Reuters
sumber : bharian.com