Pique: Saya Minta Staf Barcelona Lakukan Perbarisan Kehormat Selepas Madrid Menolak
8 Mei 2018
Gerard Pique menjelaskan dia telah meminta staf pasukannya untuk mengadakan perbarisan kehormat selepas seteru utama, Real Madrid, menolak untuk melakukannya.
Ia sesuatu yang tidak mengejutkan apabila Madrid kekal dengan pendirian untuk tidak melakukan perbarisan sebagai menghormati Barca yang telah disahkan selaku juara liga sebelum menamatkan aksi di Camp Nou itu dengan keputusan 2-2.
Skuad bimbingan Zinedine Zidane itu menolak untuk melakukan perbarisan kehormat atau dikenali sebagai "pasillo" di Sepanyol sebelum aksi liga pada awal pagi tadi, setelah Barca tidak melakukan perkara sama sewaktu Madrid menjulang Piala Kelab Dunia pada Disember lalu.
Bagaimanapun, Barca menemui cara untuk menghargai pencapaian mereka sendiri atas usaha daripada Pique.
"Memandangkan kami adalah sebuah keluarga dan Madrid tidak mahu memberikan perbarisan kehormat buat kami, saya meminta staf pasukan untuk melakukannya," kata Pique.
"Kami menanganinya dengan cara begitu."
Walaupun telah dinobatkan selaku juara, aksi di Barcelona jelas menarik apabila gergasi Catalan itu mahu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan LaLiga musim ini, sambil pemain ikon, Andres Iniesta, beraksi di pentas El Clasico buat kali terakhir.
Sergi Roberto dibuang padang dalam babak pertama, yang menyaksikan Luis Suarez dan Cristiano Ronaldo menjadikan kedudukan 1-1 sebelum rehat.
Lionel Messi kembali meletakkan Barca di depan tujuh minit selepas separuh masa kedua bersambung, sekali gus menjadi jaringan ke-26 buatnya pada musim ini sebelum Gareth Bale memastikan Madrid pulang dengan satu mata pada minit ke-72.
Sumber : stadiumastro.com